Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Petikan Dari Al Quran Dan Hadis
Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam Al-Quran sendiri telah mengariskan berbagai maklumat dan penjagaan diri daripada pelbagai penyakit mahupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.
Dari hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai yang utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Disamping itu, madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga. Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan dimana jika diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup. Dalam Al-Quran, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi satu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan.
©2009 HONEY APPLE 3 Free Blogger Templates by TNB
No comments:
Post a Comment